MEREKA HEBAT ! >

Thursday 23 May 2013

SYABAB KARYA

Silent in the dark room
these a tiny scream
but present and absent like a sound of the clock bomb
cos the soundless conquer
make no room for the tiny scream

silent in the dark room
there was the dreamers
who sleepless at their own bed

silent in the dark room
there was the devil eyes
with the tiny drop of tears
fall from the devil eyes
make the soundless room become brighter
 
silent in the dark room
but no one knows where's the room is
cos the scream will never be heard
the dreamers will always fantasize
and the devil eyes will never cry
cos there were drop of tears
but still hold by the devil eyes
make the room remains in the silent darkness
 
 

Friday 29 March 2013

HATI-HATI>>

Hati mati,

Jiwa kontang,

Nafsu mencecah langit ke-7,

Panas yang membara,

Suatu bisikan penambah perisa,

Jerkahan bukan kepalang,

Ego menguasai diri,

Nafsu mengawal hati,

Saat diri jatuh kecundang,

Syaitan laknat ketawa mengilai,

Satu mangsa sudah terjerat,

Satu mangsa sudah terjatuh,

Misi durjana diteruskan lagi,

Memburu muslim sampai kiamat !,

Hindari muslim dari Syurga,

Jatuh bersama dalam pedihnya Neraka,

Gelaran 'LAKNATULLAH' miliknya,

Jaga hatimu kencang-kencang wahai muslim !

Wednesday 27 March 2013

IKHTILAT >>

Habis saja exam.Semua housemates aku yang tercinta sangat rajin untuk memasak.So,kami decided untuk buat sikit makan-makan untuk meraikan tamatnya exam bukannya tamat pelajaran.Hahaha *hambar*

So,aku dilantik mejadi chef utama,aku ingat lagi Fauzan mengarut :
 
"Tak susah la bini hang nanti Wan !''
 
Jauh sangat pikiaq ! -_- So,habis je memasak segala bagai.Abang senior nak adakan bulatan gembira :usrah.Actually,cerita memasak bagai ni,cuma cerita tambahan sebagai muqaddimah.
 
 
Dalam usrah tu,Senior sentuh tentang 'IKHTILAT':batas pergaulan antara lelaki &perempuan.
Tak kiralah kat mana-mana kita pergi,dalam dunia ni hanya ada dua jantina sahaja.
PEREMPUAN dan LELAKI sahaja atau lain-lain -_-.
 
Didalam nyata atau di alam maya,benda ni normal bagi orang yang Iman kontang:kosong.Kalau hati dia dipagari dengan 10 pagar besi IMAN,Insya-allah ! Dia terhindar.Kadang-kadang, kita selalu buat seusatu perkara untuk tarik perhatian 'dia' bukannya 'DIA'. -Peringatan untuk diri saya sendiri-
 
Sapelah taknak,Solehah cantik pandang kita.Sapelah tak nak,Syabab macho tengok kita.Tapi katanya nak Syurga.Buat ibadah full time tapi semata-mata untuk tarik perhatian 'dia'.Jauhkanlah..
Kalau kita buat baik,pahala tu akan tersimpam.Kalau kita buat jahat,dosa tu turut simpan dan kekal.
 
 
Katanya mahu Syurga,tapi ikhtilat tak terjaga.Dakwah kemain kencang,Tapi kita kecundang.Syaitan dah jalankan tugas dia.Petik jari je,kita dah jatuh.Bukti Iman goyah.Bukti hati tak kukuh.Bukti jiwa mundur ! Kata mahu Syurga ?
 
Di alam nyata,syabab tak usahlah menegur muslimat tanpa tujuan sambil tunjuk muka macho -Peringatan untuk diri sendiri.Muslimat pula usahlah menghadiahkan senyuman yang mampu menggugat jiwa dan raga si syabab *ececehh* Sama-samalah jaga.Masing-masing dah besar..
 
Manusia memang mudah lupa,tapi kita yang disekeliling takkan nak diam ? Kata ukhuwwah fillah sampai Syurga ? Bantulah,didiklah..
 
Perjuangan masih belum berakhir ! Takkan nak kecundang ditengah jalan ? Kata mahu Syurga ?
Perjuangan masih jauh dari penamat ! Takkan mahu terjatuh ditengah jalan ? Kata mahu Syurga ?
-Senior-
 
 
 

Sunday 24 March 2013

AKU RINDU >>

Hampir 2 Tahun setengah..

Aku disini,

Menjadi Pelajar di Bumi asing,

Terasing beribu batu jauhnya dari keluarga tercinta,

Membuatkan aku kenal apa itu 'Sendirian',

Ya,memang aku tidak sendiri disini,

Aku cuma sedikit janggal,

Bukannya aku tak suka,

Cuma aku tak biasa,

Tapi setelah 2 Tahun disini,

Aku mula kenal dengan pelbagai perkara,

Usrah,

Bulatan gembira,

Biah solehah,

Manisnya Tarbiyah,

Kencangnya dakwah,

Bumbung Ukhuwwah,

Akhi fillah,

Murabbi owsemm,

Dan perkara yang paling ketara,

Aku sudah hebat memasak !

Woww !

Tidaklah terlalu pakar,

Cuma level biasa-biasa,

Ya,sayangnya aku dengan semua itu !

Perkara baru mula aku kenali,

Disampaing insan-insan hebat !

Terasa hinanya diri,

Aku terlalu jauh dibelakang mereka,

Tapi mereka ?

Bersahabat tak mengenal kulit,

Berjanji ukhuwwah sampai Syurga !

Itu yang manis,

Yang aku takkan lupa !

Moga kita berjaya !

3 Tahun masih berbaki,

Nantikan aku Doktor Ummah !

Memerang jahiliyyah !

Islam tidak akan hilang,

Andai ada yang berjuang !,
 
Sungguh,


AKU RINDU MALAYSIA *malu*


Tuesday 19 March 2013

REDHA SIAPA ? #Cerpen2

Berjalan di Park Mansurah  di waktu petang sangat menenangkan hati daripada ribut assigment yang bertimbun tahap dewa.

"Alhmadulillah lapang rasanya.Assigment dah siap.Tiptop !"jerit Haseef.

Kuat.
Namun hanya dalam hati.

Matanya terlihat sepasang kekasih yang sedang memadu asmara di taman itu.

"Mungkin student Malaysia kot ?" dia hanya meneka.
"Hati jauhi bersangka buruk.Mungkin mereka adik-beradik atau suami isteri,"hatinya kuat mengusir perasaan itu.

Tiba-tiba kelihatan lelaki yang bersama perempuan tadi berjalan menuju ke kedai berhampiran taman.Picnic mungkin ?

Haseef mendekati perempuan itu.Mengambil kepastian atau bakal dicop "jaga tepi kain orang " ?

"Assalamualaikum," Haseef bersuara.
 "Wa'alaikumussalam," balas perempuan itu.

"Lelaki tadi suami anda ?"
"Oh, bukan.Excactly,he is my boyfriend,"balasnya dengan suara yang manja.

Ya !

"Oh,tudng mana ? " soalan diputarkan lagi.
"I tak tanya my hubby lagi,Must get he permission first !,"jawab gadis itu selamba.

"Kamu mahu masuk Syurga ?"
"Mestilah ! Soalan bodoh ke ?" balas gadis itu seperti sedang menahan marah.
"Redha siapa yang patut kamu cari ? Assalamualaikum.,"Haseef berlalu pergi.
"Errr,Walaikumussalam," gadis itu tertunduk malu.

 "Ya Allah,moga hidayah-Mu dapat membimbingnya kearah yang lebih baik,"
Haseef mengaminkan doanya.

"Ini kebetulan atau takdir ? "bisik gadis itu didalam hatinya.





KENAPA ? #Cerpen1

Suasana tenang menemani Haseef hari ini.Usia empat belas tahun benar-benar mematangkan dirinya.

"Abang,boleh adik tanya satu soalan ?" adiknya,Amalina bersuara.
"Boleh,Insya-allah abang jawab,"

"Kenapa Allah ciptakan Dunia ?"

Haseef tersentak.Mungkin bagi mereka itu soalan mudah.Tetapi tidak pada dirinya.

"Kenapa abang tak jawab ?,"
"Abang tak mampu nak jawab la adik,Maaf,"Jawab Haseef jujur.

"Takpe,Ina tak marah.Tapi abang janji yang abang akan bagi tahu jawab ni bila abang dah sedia ! Tau ! Tau !," jawab Amalina.
"Insya-Allah,bila abang dah belajar dengan lebih luas lagi.Abang janji !,"

Haseef dan Amalina bersilang jari tanda ikatan janji.

"Allahuakbar !"monolog Haseef didalam hati.

_______________________________________________________________________

8 Tahun kemudian..

"Adik ! Abang dah bersedia untuk tunaikan janji abang ! Abang akan jawab soalan adik," Haseef berkata didalam hati sambil menuju keluar dari Lapangan Terbang KLIA.

Thursday 14 March 2013

PENDAPAT AKU !!>>

"Aku memang tak suka bila aku tengah marah,orang lain sesibuk je suruh aku kesana-sini !"

Memang mulut manusia mampu mengeluarkan arahan,Tapi setidak-tidaknya kita hormati pendapat orang lain atau kita tegur atau kita tambah pendapat.Bukannya marah-marah tak tentu cuaca baii !

 Semua orang pernah alami perkara yang diri sendiri tak suka untuk dia lalui.Nak buat macam mana ? Takdir Allah untuk kita lalui,siapa kita melawan kuasa Allah ? Bila nafsu kuasai diri,kita mungkin tak sedar yang kita terlepas cakap,marah orang tak tentu pasal,emosi bagai..Semua tu boleh dikawal atas diri sendiri kalau kita yang usaha !

Tak semua benda selesa untuk kita lalui,Tak semua benda seronok untuk kita tempuhi..Tak merasalah nikmat bahagia kalau takde ujian.Tapi bila ujian datang,kita salahkan orang lain.."Dia ni la punya pasal !, "Dia tu la punya pasal !" bla bla bla bla ! Bila jadi macam ni,kita suka cari salah orang lain,sedangkan benda tu masih sebati dalam diri kita ! Mari mulakan imbasan dalam diri sebelum kita imbas manusia lain..


Guna Hak berfikir sebelum Hak bersuara !
-IniAnwarHadi-

Takde sesiapa pun perfect,bagi kita yang tak sempurna ni mari contohi yang sempurna our Prophet Muhammad.Memang mudah nak cakap 'sabar' tapi hasilnya ibarat pensil-pensil bertaburan diatas tanah *tah pape :p* Tak mudah nak dipraktikkan kawannn ! Honestly,aku pun pernah lalui jugak.Zikirlah banyak-banyak.Janagn mudah nak marah orang lain tak tentu pasal.Cari dulu mana silap dalam diri.

Banyakkan relax,otak tak mampu nak fikir time-time mood takde.Percayalahhhhhh ! :) Apa yang kita buat niatnya Lilahitaala,Moga Allah tambahkan segala kebaikkan didalam keputusan kita dan Allah hindarkan keburukkan daripada keputusan yang kita buat.Kita rancang,Allah yang tentukan.

Saat emosi sedang menguasai diri,Jangan berhenti lafazkan zikrullah di hati.Buat sedang menghadapi masalah,Moga Allah permudahkan ! Jadilah orang yang waras dan mampu berfikir dengan baik.

Lilahitaala,
Selamat Berubah !